ECPI Water Shop

Tuesday, June 9, 2009

Anggun Beauty Ecpi

Let's check it out from Metro newspaper, Malaysia.
(Click the photo to enlarge)

Friday, June 5, 2009

Halal & Certificate of Excellence

Halal & Certificate of Excellence (Click photo to enlarge)
from Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd

Wednesday, May 13, 2009

Good Income


DO YOU WANT GOOD INCOME EVERY MONTH?
COME AND JOIN US!!!
See to Believe
(Click picture to enlarge)



Monday, April 27, 2009

Pamphlet - English Version


English version pamphlet from Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd (Click the photo to enlarge)

Sunday, April 26, 2009

Promotion to Bandung

(Click to enlarge)
New promotion from Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd

Latest News - ECPI Anggun


Artikel dari Harian Metro, 25 April 2009, Sabtu.

ECPI Anggun serlah penampilan wanita.
Bebas dari campuran bahan kimia berbahaya.


<-Click to enlarge.

Tuesday, April 14, 2009

Information about ECPI Anggun (Please click at the image for better view)

New pamphlet from Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd

Information about ECPI GTH (Please click at the image for better view)

New pamphlet from Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd

Information about ECPI Water (Please click at the image for better view)

New pamphlet from Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd

Saturday, April 4, 2009

Peluang Perniagaan

Artikel Harian Metro 23 Mac 2009
GESUNDHEIT Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd, pengeluar air minuman ECPI mensasarkan hasil jualan RM2 juta untuk tiga produknya iaitu air minuman ECPI, GTH dan Anggun. Pengurus Pemasarannya, Kamsani Saidin, berkata ketiga-tiga produk berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri dan ia mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan tahun lalu. “Air Minuman ECPI produk kami yang terlaris dan menyumbang 60 peratus keuntungan setiap bulan berbanding produk lain,” katanya.
Menurutnya, air minuman ECPI mampu dijual lebih 300,000 botol sebulan pada harga RM8.10 untuk 1.5 liter dan membawa keuntungan berlipat ganda kepada ahli. “Syarikat kami beroperasi secara pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan sesiapa yang menjadi ahli mendapat pelbagai keistimewaan antaranya pembelian dengan harga jauh lebih murah. “Misalnya, air minuman ECPI dijual dengan harga RM5.80 bagi ahli dan mereka mampu mendapat keuntungan lebih 40 peratus hasil jualan produk berkenaan,” katanya.
Kamsani berkata, pihaknya tidak mahu disamakan dengan syarikat MLM lain yang hanya menggunakan wang sebagai sandaran dan menjanjikan keuntungan tanpa asas perniagaan. “Syarikat kami tidak sama dengan kebanyakan pengendali MLM lain kerana kami menawarkan barangan berkualiti dan istimewa untuk ahli, malah mereka boleh menjalankan perniagaan yang pasti menjamin keuntungan,” katanya. Menurutnya, bayaran pendaftaran untuk menjadi ahli hanya RM50 dan setiap ahli layak mendapat harga istimewa walaupun kuantiti barangan dibeli tidak banyak.


ECPI Water

Artikel Harian Metro 28 Mac 2009
Air minuman ECPI keluaran Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna, apatah lagi keberkesanannya sudah terbukti.
Namun, pengguna kini mempunyai pilihan untuk melihat kesan lebih menakjubkan kerana produk berkenaan boleh digunakan bersama dua lagi produk iaitu ECPI GTH dan ECPI Anggun.
Pengurus Pemasaran, Kamsani Saidin, berkata jika selama ini pengguna hanya mengenali ECPI sebagai minuman kesihatan, namun ia boleh dilengkapi dengan penggunaan ECPI GTH yang digunakan bersama air minuman ECPI. “ECPI GTH perlu digunakan dengan air minuman ECPI kerana kesannya lebih menakjubkan. Empat hingga 13 titik diperlukan untuk minuman tiga kali sehari,” katanya.
Menurutnya, setiap individu mempunyai tahap keperluan berbeza dan ia juga bergantung kepada tahap kesihatan mereka. “Jika pengguna berkenaan mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis, mereka perlu menggunakan lebih banyak ECPI GTH dan air minuman ECPI juga perlu diminum dua botol setiap hari,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika individu tidak mempunyai masalah kesihatan, sebaliknya mengambil minuman berkenaan untuk tujuan memudahkan pelawasan, setiap hari hanya memerlukan satu botol air mirtuman bersama empat titik ECPI GTH. “ECPI GTH bukan sekadar makanan tambahan biasa sebaliknya mempunyai pelbagai khasiat yang sudah digabungkan menggunakan kaedah saintifik.“la kombinasi revolusi pemakanan terbaik dunia dan mengandungi 1,732 gelombang elektromagnetik, malah turut memiliki khasiat pelbagati herba, antioksida dan vitamin,” katanya.
Menurutnya, khasiat produk itu mampu merawat pelbagai penyakit termasuk angin ahmar, alergi, gout, cirit-birit, masalah haid serta darah tinggi.
“Ramai pengguna berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan, malah sekiranya baru mencuba pengguna tidak perlu bimbang kerana ia tidak meninggalkan kesan sampingan dan berkesan dalam masa 15 minit,” katanya.
Air minuman ECPI seperti air minuman biasa, namun molekulnya lebih halus kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikannya tidak seperti air minuman biasa.
“ECPI GTH pula melengkapkan penggunaannya dan kesannya boleh dilihat dalam masa terdekat kerana ia berfungsi secara semula jadi,” katanya.
Dalam pada itu, Kamsani berkata, menyedari kecantikan turut menjadi perkara yang mendapat keutamaan setiap individu, syarikatnya turut mengeluarkan produk kecantikan dinamakan ECPI Anggun.
Ia berfungsi sebagai elemen dandanan dan kecantikan yang terkandung dalam satu produk, malah mengandungi pelbagai vitamin yang dihasilkan daripada gelombang tenaga bahan perawatan dan penjagaan kecantikan. “ECPI Anggun bukan sekadar produk kosmetik biasa kerana ia berfungsi sebagai pembersih muka, skrub, pelembap, penyegar serta bedak asas.
“la juga boleh membantu merawat masalah jerawat, panau, jeragat, kedutan serta menegangkan kulit,” katanya.
Menurutnya, produk berkenaan sesuai digunakan wanita yang memiliki gaya hidup agak sibuk dan penggunaan ECPI Anggun akan menjimatkan masa.
“Tidak seperti kebanyakan produk lain yang memerlukan botol berbeza untuk fungsi berlainan, ECPI Anggun mampu menjalankan pelbagai ‘tugas’ tetapi hanya dengan kandungan dalam satu botol.” katanya.
Istimewanya produk ini 100 peratus semula jadi dan diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia. “Bahan ini sangat penting kerana ia boleh digunakan semua jenis kulit dan pengguna tidak perlu risau mengenai kesan sampingan kerana ia terdiri daripada bahan semula jadi tanpa campuran bahan kimia,” katanya.